Tuesday 9 July 2013

PAS di saran tidak bertanding di PRK- Kuala Besut





Proses pilihanraya kecil akan di adakan di DUN Kuala Besut setelah kematian ADUN BN , Dr. A. Rahman Mokhtar akibat kompleksiti paru-paru.

Pertembungan dua parti politik iaitu Umno dari BN dan PAS dari Pakatan Rakyat bakal bertarung mengambil DUN ini; yang dikatakan sebagai antara kubu kuat BN di daerah Besut.

Walaubagaimanapun penyokong-penyokong PR di kawasan ini menyaran agar PAS tidak bertanding di PRK Kuala Besut pada kali ini.

Menurut seorang aktivis PR di Kuala Besut ,Ramli Razak PAS di saran agar tidak bertanding di Kuala Besut kerana kegagalan SPR selaku pengendali pilihanraya bebas telah gagal memberi keyakinan kepada rakyat semasa PRU-13 yang lalu.

“Pembelian dakwat kekal dengan kos sebanyak RM7.1juta dari wang pembayar cukai telah di cemari dengan “dakwat” pewarna makanan serta persempadanan kawasan-kawasan adalah di lakukan secara terpilih.

Hal sebegini membuat rakyat tertanya tentang ketelusan dan kebebasan sebenar badan pengendali pilihanraya itu”, katanya.

Di samping itu , Pengarah Pilihanraya Kecil PAS, Ustaz Hj. Saiful Bahri Mamat mengatakan tarikh yang di pilih oleh SPR pada hari Rabu tidak memudahkan pemilih luar untuk pulang mengundi kerana merupakan hari bekerja.

“PAS perlu menunjukkan tanda protes yang kuat tentang kegagalan SPR dalam penyelengaraan PRU13 yang lepas. Adalah tidak wajar untuk terus bermain bola di padang yang tidak rata , dengan pengadil yang tidak di yakini ketelusan dan kemampuannya.”, tambahnya lagi.

Justeru , sebilangan rakyat menuntut agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan sebelum PRK kali ini di adakan.

PAS dan BN masing-masing akan mengumumkan calon-calon mereka pada malam ini bagi menghadapi PRK Kuala Besut yang bakal di adakan pada 24 Julai dan penamaan calon pada 12 Julai 2013.

SPR telah berjanji untuk menggantikan dakwat kekal yang lebih “berkualiti” pada PRK ini dengan mendapatkannya dari pembekal yang baru.

No comments:

Post a Comment