Monday 1 July 2013

Anwar sahkan Pas tandingi kerusi Dun Kuala Besut


Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
KUALA LUMPUR - Kemelut dalam menentukan calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Dun Kuala Besut hampir selesai.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerusi itu akan ditandingi Pas.

"Kita serah kepada Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang untuk buat keputusan dan kita akan bagi sokongan.

"Saya bercakap tadi dengan Hadi sendiri, kita akan beri sokong penuh," katanya kepada Sinar Harian Online di pekarangan Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail hari ini yang mengumumkan memberi laluan kepada calon Pas untuk bertanding di Dun Kuala Besut yang dikosongkan penyandangnya, Datuk A. Rahman Mokhtar yang meninggal dunia pada Rabu lalu.

Bagaimanapun katanya, butiran mengenai calon yang Pas itu akan dimaklumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat.

"Ya calon Pas, saya ingat ketua PKR Negeri sudah jelaskan, dan PKR negeri pun sudah bersetuju," katanya.

--sinar harian

No comments:

Post a Comment