Tuesday 23 July 2013

PRK Kuala Besut: Umno BN guna RM476.19 juta untuk mendapat undi (RM 27 Ribu Setiap Pengundi)

BESUT: Jumlah peruntukan yang digunakan Umno BN sehingga hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Kuala Besut mencecah RM476.19 juta.

Menurut Ahli Jawatankuasa Induk PRK Kuala Besut Dr Dzulkefly Ahmad, dengan jumlah pengundi sebanyak 17,683 orang, nilai satu kertas undi bernilai RM27,000 sekaligus meletakkan nilai PRK Kuala Besut antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya.

"Bagi memastikan segala janji manis yang dibuat pimpinan Umno BN ini dapat dilaksanakan, PAS dan Pakatan Rakyat sangat mengharapkan pengundi dan rakyat Kuala Besut merealisasikan cita-cita agenda 16:16.

"Hanya 16:16 akan dapat menamatkan urus tadbir kerajaan negeri yang tempang serta gagal meletakkan keutamaannya untuk membela rakyat di negeri ini khasnya di Kuala Besut," katanya pada sidang media di Markas Besar PRK Kuala Besut, Kampung Baharu hari ini.

Beliau juga berkata, PAS yakin agenda 'Se Ene Se Ene' atau 'Satu Enam Satu Enam' akan memberi peluang kepada semua Adun PAS melaksanakan tanggungjawab semak imbang dalam Dun bagi memperjuangkan kepentingan rakyat negeri Terengganu.

"Berdasarkan kajian kami, ternyata calon kami mempunyai kelebihan kerana dikenali hampir 70 peratus daripada pengundi Kuala Besut," katanya.

No comments:

Post a Comment