Wednesday 24 July 2013

PRK Kuala Besut: Che Long tiba di pusat mengundi jam 7.30 pagi


Che Long memasukkan kertas undi ke dalam peti undi.

BESUT: Calon PAS PRK Kuala Besut, Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long tiba di pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Beliau yang ditemani isteri, Che Zabiah Mohamad bersalaman dengan para pengundi dan petugas SPR yang telah berada di situ.

Che Long seterusnya memasuki tempat mengundi sebaik ia dibuka jam 8.00 pagi dan rupakan orang pertama membuang undi menerusi saluran 2.
Sementara itu, jalan utama di Kuala Besut mengalami kesesakan agak teruk pagi ini.

Dengan cuaca pagi ini yang cerah membolehkan para pengundi keluar awal terutama dari kalangan kaum wanita.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.

Pada PRU13 lalu, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi.


Che Long menyantuni pengundi warga emas di SK Kampung Baharu.


Che Zabiah (tengah) bermesra dengan pengundi wanita di SK Kampung Baharu.

No comments:

Post a Comment