Wednesday 17 July 2013

PRK Kuala Besut: Apakah akan berlaku jika 16:16 di Terengganu?

KUALA BESUT, 16 Julai  – Menjawab kepada persoalan apakah yang akan berlaku kepada Negeri Terengganu, Dato' Takiyuddin Hassan dalam ceramahnya menjelaskan, "Apabila berlaku 16:16, berlakunya dewan tergantung yang mana tiada mana-mana pihak yang boleh mendakwa mereka menang di negeri Terengganu."
Menurut Penolong Setiausaha Agong PAS itu juga, kerajaan negeri Terengganu bukan kerajaan campuran dan juga bukan kerajaan perpaduan tetapi sebaliknya kerajaan yang diperintah bersama.
"Apabila salah satu parti yang menjadi menteri besar, beliau tidak boleh sesuka hati membuat keputusan. Malah, kerajaan sekarang perlu berunding dengan pakatan rakyat. Dengan ini, Sultan Terengganu yang akan memilih antara 32 kerusi untuk menjadi menteri besar Terengganu."
Beliau yang juga ahli parlimen Kota Bharu turut mempertikaikan berkenaan hasil negeri Terengganu yang tidak digunakan sebaiknya untuk kepentingan rakyat Terengganu. Soalnya, "Kenapa masih ada rakyat negeri Terengganu yang masih menghuni dalam rumah kayu yang bocor dan nak runtuh,jalan nak masuk kg tak berbatu dan tak bertar."
Pilihanraya kecil Kuala Besut juga dilihat sebagai peluang kedua kepada rakyat Terengganu.  Keadaan 16:16 dijangka akan memberi perubahan besar kepada nasib dan keadaan mereka.

No comments:

Post a Comment