Wednesday 24 July 2013

PRK Kuala Besut: Majoriti 4,000 BN tersasar, Undi hanya bertambah 158 dengan janji projek RM477 juta.



Pengurus pilihan raya kecil DUN Kuala Besut A Rahim Jusoh mengumumkan Tengku Zaihan sebagai ADUN Kuala Besut.

BN - 8,288 undi
PAS - 5,696 undi
Majoriti - 2,592 undi

 BN hanya berjaya menambah 158 undi berbanding majoriti dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Lepas undi, sila ke ... untuk ambil .. - BN



(Pandangan dari jauh kelihatan orang ramai beratur di perkarangan sebuah rumah.)

KUALA BESUT: Peristiwa berpuluh-puluh orang beratur di sebuah rumah ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Kampung Tok Saboh dekat sini menimbulkan pelbagai andaian.
Ia berlaku kira-kira jam 10.30 tadi ketika kebanyakan pengundi di Kuala Besut sudah keluar mengundi.


(Orang ramai beratur di depan satu rumah yang menempatkan "Rumah DUN Kota Putera".)


Rumah itu bertulis di depan "Rumah DUN Kota Putera" untuk BN. 

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Aljundi berkata, salah seorang pengundi muda yang beliau temui berkata, mereka beratur untuk ambil duit.

"Ramai beratur ambil duit RM250," kata pengundi muda itu kepada beliau.

PRK Kuala Besut: 16:16 meniti di bibir pengundi, positif buat PAS




BESUT: Sehingga jam 12.00 tengah hari ini, pengundi yang keluar mengundi dilihat memberi respons positif kepada calon PAS N.01 Kuala Besut Azlan@Endut Yusof atau Che Long. 

Menurut Pengurus Kempen PRK Kuala Besut,Hanafiah Mat berkata, keseluruhan pengundi di enam unit peti undi yang dilawatinya bersama Che Long memberi sambutan baik dan para pengundi bercakap tentang ‘16:16 Terengganu Baru’ yang menjadi tema kempen PAS di sini.

Katanya, pusat daerah mengundi yang telah dilawati ialah Kampung Baharu, Kampung Nangka, Kampung Nail, Seberang Barat, Seberang Barat Luar dan Tok Saboh.

"Walaupun pengundi-pengundi hadir mendaftar di pondok BN, namun 16:16 itu meniti di bibir mereka, isyarat dan gerak mulut ternyata mereka undi PAS," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Menurutnya, terdapat dua kategori pengundi pada PRK ini iaitu pengundi politik dan pengundi calon.

Adun Chukai itu memberitahu, pengundi politik tegar menyokong PAS manakala pengundi calon dari kalangan penyokong Umno dan atas pagar mengundi Che Long.


Jelas Hanafiah, Che Long dijangka akan solat Zohor di unit peti undi Bukit Puteri dan berehat seketika sebelum memulakan pusingan kedua di ketujuh-tujuh peti undi.

Tambahnya, Che Long akan menunggu keputusan penjumlahan undi di Markas Besar PAS PRK Kuala Besut petang ini. 

Sementara itu, sehingga 11.00 ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan kira-kira 45 peratus pengundi telah keluar mengundi, namun SPR mensasarkan lebih 75 peratus yang akan keluar mengundi sehingga jam 5.00 petang nanti.

Media melaporkan pihak SPR optimis mencapai sasaran 75 peratus daripada jumlah keseluruhan 16,534 pengundi membuang undi hari ini.

Jumlah keluar mengundi memuaskan -SPR

SPR: Jumlah pengundi keluar memuaskan
Orang ramai beratur menunggu giliran untuk mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Besut di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di Besut hari ini. - Foto Bernama
JERTIH - Jumlah pengundi yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut pada sejam pertama sejak pusat-pusat mengundi dibuka adalah memuaskan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf berkata, sehingga jam 9 pagi tadi, seramai 2,406 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab dan meningkat sebanyak 15 peratus.

Katanya, jika dicampur pengundi awal menjadikan jumlah kepada 3,318 dan meningkat kepada 19  peratus.

"Ini bermakna dari segi satu jam pertama, ia sangat memuaskan hati SPR apabila ia mencecah 10 peratus.

"Kita menjangkakan jumlah pengundi yang akan keluar mengundi dalam 75 sehingga 80 peratus," katanya pada sidang media di Dewan Majlis Daerah Besut, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau turut berpuas hati dengan tingkah laku lang ditunjukkan pengundi-pengundi di sini.

"Saya dapati pengundi di sini cintakan keamanan.


"Penyokong dan pengundi yang datang di pusat-pusat mengundi dapat bercampur dengan baik," katanya lagi.

Beliau menambah,  semangat pilihan raya dengan menunjukkan poster calon dan parti masing-masing ada namun tidak ada sebarang provokasi.

"Ada dua kumpulan, setakat ini SPR telah pergi ke dua pusat mengundi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut dan Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, Sekolah Kebangsaan Nangka serta Sekolah Kebangsaan Kuala Peroi.

"Dari pemerhatian kita sepanjang perjalanan ke sekolah-sekolah itu, saya dapati pengundi cintakan keamanan, ketenteraman, dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan begitu disipilin dan tertib.

"Penyokong parti yang datang berhampiran, mereka boleh bercampur gaul di antara dua penyokong parti yang blainan, tak berbalah, bertengkar atau mengejek antara satu sama lain," katanya.

PRK Kuala Besut: Laungan "pilih Che Long" di sepanjang jalan

 
(Che Long turut menyantuni perayu undi yang tidak berganjak biarpun cuaca panas terik)

BESUT: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut amat dinanti-nantikan oleh penduduk Kuala Besut bagi memilih wakil yang boleh membawa suara mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun)

Lapan pusat pengundian yang dibuka seawal jam 8 pagi tadi terus mendapat sambutan penduduk setempat untuk menunaikan tanggungjawab dalam menentukan wakil mereka nanti.

Pusat pengundian tersebut adalah Pulau Perhentian, Seberang Barat, Kampung Nail, Seberang Barat Luar, Tok Saboh, Kampung Nangka, Kampung Baru dan Bukit Puteri.
Tinjau Harakahdaily di dua pusat pengundian di Kampung Nangka dan Tok Saboh mendapati suasana agak aman tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Cuaca yang agak panas tidak mematahkan semangat penyokong untuk terus berada di kawasan ditetapkan untuk tujuan merayu undi.

Walaupun penyokong parti berada dalam kedudukan berdekatan, namun mereka mampu menunjukkan sikap profesional dalam meraih undi tanpa menyinggung mana-mana pihak.

Laungan 'Pilih Che Long', 'Undi Bulan (PAS) serta takbir sentiasa kedengaran dari penyokong PAS sebagai merayu undi dari penduduk setempat.

Endot @ Azlan Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long yang berkunjung ke Pusat Pengundian Tok Saboh di Sekolah Kebangsaan Alor Peroi berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya setakat ini.

Beliau mengharapkan penduduk mengambil peluang untuk keluar mengundi lebih awal bagi mengelakkan dari cuaca yang panas serta hujan pada sebelah petang.

"Saya berpuas hati dengan sambutan penduduk yang keluar mengundi setakat ini, kebanyakan mereka mengambil peluang untuk keluar awal, maklumlah bulan Ramadhan.

"Kepada yang belum mengundi tu harap boleh keluar awal sebab kita tidak tahu petang ini hujan atau tidak, apa yang pasti tunaikan tanggungjawab kita sebagai pengundi," katanya

Jelasnya lagi, enam pusat pengundian telah beliau lawati dan beliau akan ke pusat pengundian yang terakhir iaitu di Bukit Puteri.

Setakat jam 11 pagi, seramai 7,356 orang (44.49 peratus) sudah keluar mengundi. Jika dicampur undi awal, jumlah keseluruhannya 8,268 (46.76 peratus).

Jumlah pengundi berdaftar bagi PRK Dun Kuala Besut ini adalah seramai 17,713 orang.

PRK Kuala Besut: Jumlah pengundi keluar memuaskan - SPR

SPR: Jumlah pengundi keluar memuaskan
Orang ramai beratur menunggu giliran untuk mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Besut di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di Besut hari ini. - Foto Bernama
 
JERTIH - Jumlah pengundi yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut pada sejam pertama sejak pusat-pusat mengundi dibuka adalah memuaskan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf berkata, sehingga jam 9 pagi tadi, seramai 2,406 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab dan meningkat sebanyak 15 peratus.

Katanya, jika dicampur pengundi awal menjadikan jumlah kepada 3,318 dan meningkat kepada 19  peratus.

"Ini bermakna dari segi satu jam pertama, ia sangat memuaskan hati SPR apabila ia mencecah 10 peratus.

"Kita menjangkakan jumlah pengundi yang akan keluar mengundi dalam 75 sehingga 80 peratus," katanya pada sidang media di Dewan Majlis Daerah Besut, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau turut berpuas hati dengan tingkah laku lang ditunjukkan pengundi-pengundi di sini.

"Saya dapati pengundi di sini cintakan keamanan.


"Penyokong dan pengundi yang datang di pusat-pusat mengundi dapat bercampur dengan baik," katanya lagi.

Beliau menambah,  semangat pilihan raya dengan menunjukkan poster calon dan parti masing-masing ada namun tidak ada sebarang provokasi.

"Ada dua kumpulan, setakat ini SPR telah pergi ke dua pusat mengundi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut dan Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, Sekolah Kebangsaan Nangka serta Sekolah Kebangsaan Kuala Peroi.

"Dari pemerhatian kita sepanjang perjalanan ke sekolah-sekolah itu, saya dapati pengundi cintakan keamanan, ketenteraman, dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan begitu disipilin dan tertib.

"Penyokong parti yang datang berhampiran, mereka boleh bercampur gaul di antara dua penyokong parti yang blainan, tak berbalah, bertengkar atau mengejek antara satu sama lain," katanya.

PRK Kuala Besut: 'Saya telah berusaha, kini doa dan berserah' - Che Long


BESUT: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Endot @ Azlan Yusof hari ini membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Che Long yang mengundi di saluran dua tiba di Pusat Pengundian pada jam 7.54 pagi dengan diiringi oleh pimpinan PAS peringkat pusat dan juga negeri.

Che Long yang merupakan individu pertama mengundi di sekolah sebaik sahaja Pusat Pengundian dibuka pada jam 8 pagi.

Jelasnya ketika ditemui, walaupun tempoh kempen PRK sudah berlangsung selama 12 hari berakhir tepat jam 12 tengah malam semalam, namun perasaan gementar itu tetap ada apatah lagi beliau mengundi sebagai seorang calon.

"Syukur saya sudah pun menunaikan tanggungjawab saya sebagai pengundi, memang sedikit gementar kerana sebelum ini saya mengundi sebagai orang biasa tapi kali ini tidak kerana saya mengundi sebagai calon," jelasnya.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh berkempen yang berakhir semalam, beliau amat berpuashati dengan respon yang diberikan oleh penduduk di Dun Kuala Besut.

"Sepanjang kempen yang berakhir semalam, saya amat berpuas hati dengan respon yang diberikan oleh pengundi.

"Saya telah berusaha sebaik yang mungkin untuk bertemu seramai mungkin pengundi dan selebihnya saya berserah kepada Allah.

"Saya yakin melihat kepada sambutan PAS mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kerusi Dun Kuala Besut, walau macam mana sekali pun kita kena berserah kepada Allah," sambung beliau lagi.

Isteri beliau, Che Zabiyah Muhammad juga mengundi di tempat yang sama.


Che Long dan isterinya sempat bertemu dengan pengundi dan juga akan mengunjungi ke semua pusat pengundi bagi bertemu pengundi-pengundi.

Sehingga jam 9 pagi, jumlah yang keluar mengundi amat mengalakkan bagi semua saluran, kebanyakkan pengundi mengambil peluang untuk mengundi di awal pagi bagi mengelakkan cuaca panas di sebelah petang.

Suasana harmoni ditunjukkan oleh kedua-dua penyokong dalam mereka meraih undi walaupun kedudukan mereka hanya bersebelahan.

PRK Kuala Besut: Che Long tiba di pusat mengundi jam 7.30 pagi


Che Long memasukkan kertas undi ke dalam peti undi.

BESUT: Calon PAS PRK Kuala Besut, Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long tiba di pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Beliau yang ditemani isteri, Che Zabiah Mohamad bersalaman dengan para pengundi dan petugas SPR yang telah berada di situ.

Che Long seterusnya memasuki tempat mengundi sebaik ia dibuka jam 8.00 pagi dan rupakan orang pertama membuang undi menerusi saluran 2.
Sementara itu, jalan utama di Kuala Besut mengalami kesesakan agak teruk pagi ini.

Dengan cuaca pagi ini yang cerah membolehkan para pengundi keluar awal terutama dari kalangan kaum wanita.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.

Pada PRU13 lalu, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi.


Che Long menyantuni pengundi warga emas di SK Kampung Baharu.


Che Zabiah (tengah) bermesra dengan pengundi wanita di SK Kampung Baharu.

Che Long Disambut Pengundi dan Petugas di S.K Kampung Baharu

Perayu Undi PAS di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu

MB,Ahmad Said di tahan dari memasuki tempat mengundi



"Buat orang macam tah tahu undang-undang" - Ahmad Said

"Haa, ni laki dia ni , ni laki dia.." - Ahmad Said

PRK Kuala Besut: Lensa Calon PAS Mengundi Di Sek Keb Kg Baharu



















Tuesday 23 July 2013

PRK Kuala Besut: Terengganu seri, rakyat berseri-seri...





Kempen Pas di Kuala Besut yang berslogankan 16-16 Terengganu Baru semakin menimbulkan kebimbangan kepada UMNO dan BN. Terlihat bahawa mereka amat bimbang kiranya perkara itu menjadi kenyataan. Di hari-hari terakhir ini isu itu menjadi percakapan semua orang dan mungkin menusuk ke dalam kalbu para pengundi.

Selepas Najib Presiden Pas, Husam Musa menyatakan keddudukan seri tidak akan menggugat kerajaan BN di Terengganu sebaliknya hanya menjadikan Pas mempunyai suara yang lebih kuat untuk memastikan kepentingan rakyat terpelihara dan kemudian diikuti dengan kenyataan Presiden Pas bahawa parti itu tidak mahu jawatan Menteri Besar, kebimbangan para pemimpin UMNO mulai menyerlah.

Sebelum ini dilontarkan persepsi bahawa Pas ingin memenangi Kuala Besut kerana mengidamkan kerusi Menteri Besar dan kedudukan 16-16 akan dijadikan laluan ke arah itu. Rupa-rupanya Pas tak ingin jawatan Menteri Besar, mereka hanya mahukan lebih kuasa untuk menjaga kepentingan rakyat terutam kerana negeri itu merupakan negeri yang kaya dengan royalti minyak.

Menjelang hari-hari terakhir kempen sebelum pembungan undi pada 24 Julai, semakin ramai pemimpin dan menteri UMNO datang ke Kuala Besut. Semuanya bercakap tentang 16-16 dan Terengganu seri. Pelbagai hujah dan analogi dilontarkan kepada pengundi Kuala Besut agar tidak terpedaya dengan kempen Pas mengenai kedudukan 16-16 dalam DUN Terengganu serta hujah-hujah sampingan lainnya.

Zahid Hamidi mengingatkan pengundi agar jangan terpedaya dengan perangkap Pas mengenai 16-16, sambil mengingatkan kedudukan DUN Terengganu yang mungkin tergantung kerananya. Muhyiddin, Ahmad Maslan, KJ, Idris Jusoh dan lain-lain pemimpin yang kerap turun ke Kuala Besut juga bercakap isu yang sama. Mereka mahu kedudukan 16-16 dielakkan dan dikekalkan kedudukan 17-15 dengan terus memberi kemenangan kepada calon BN.

Hakikatnya, kempen untuk menjadikan Terengganu seri mula mendatangkan kerisauan kepada UMNO dan BN. Bukan saja curahan projek dan pembangunan melimpah di Kuala Besut, dijangkakan juga kebanjiran pemimpin UMNO daripada Kuala Lumpur akan turut berlaku di hari-hari terakhir kempen ini.

Jika mengikut laporan media, sehingga semalam saja sudah sejumlah RM337 juta projek dicurahkan di Kuala Besut yang meliputi peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertanian, kerajaan negeri Tengganu dan Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Dengan lebih ramai menteri dijangka turun, bermakna akan ada lagi projek tambahan untuk Kuala Besut. Nilainya mungkin mencecah atau melebihi RM500 juta. Limpahan dan curahan projek ini, walau apa pun tafsirannya, ia adalah menguntungkan penduduk Kuala Besut.

Bayangkan, belum pun kedudukan Terengganu seri dicapai, sudah begitu banyak projek pembangunan dan wang dicurahkan. Tentulah jika kedudukan seri 16-16 dijadikan kenyataan, lebih banyak lagi wang akan dicurahkan, bukan saja untuk Kuala Besut tetapi juga untuk seluruh negeri Terengganu.

Walaupun mengikut rakan-rakan yang pergi ke Kuala Besut, keadaan kempen agak tenang tetapi mereka juga tidak berani menjangkakan secara pasti siapa yang akan menang ketika ini. Mood pengundi bila-bila masa boleh berubah dan sesuatu yang diluar jangkaan tidak mustahil boleh berlaku.

Hakikatnya, BN tidak boleh terlalu yakin dan Pas pula tidak seharusnya mudah putus harapan.

Namun jika pengundi bijak dan berfikir secara menyeluruh untuk kepentingan rakyat Terengganu, menjadikan kedudukan seri 16-16 tidak seharusnya diabaikan begitu saja. Rahmat dan nikmatnya untuk rakyat sudah nyata di depan mata sekarang ini dan ia akan berganda lagi di masa-masa akan datang kiranya kedudukan 16-16 itu benar-benar berlaku.

Dalam usaha mempertahankan kuasa dan kerajaannya, seluruh Terengganu pasti akan meriah dengan pelbagai projek pembangunan dan menaikkan taraf kehidupan rakyat.

Seperti kata rakan yang baru pulang dari Kuala Besut, Terengganu seri, rakyatnya pasti berseri-seri...

PRK Kuala Besut: Umno BN guna RM476.19 juta untuk mendapat undi (RM 27 Ribu Setiap Pengundi)

BESUT: Jumlah peruntukan yang digunakan Umno BN sehingga hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Kuala Besut mencecah RM476.19 juta.

Menurut Ahli Jawatankuasa Induk PRK Kuala Besut Dr Dzulkefly Ahmad, dengan jumlah pengundi sebanyak 17,683 orang, nilai satu kertas undi bernilai RM27,000 sekaligus meletakkan nilai PRK Kuala Besut antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya.

"Bagi memastikan segala janji manis yang dibuat pimpinan Umno BN ini dapat dilaksanakan, PAS dan Pakatan Rakyat sangat mengharapkan pengundi dan rakyat Kuala Besut merealisasikan cita-cita agenda 16:16.

"Hanya 16:16 akan dapat menamatkan urus tadbir kerajaan negeri yang tempang serta gagal meletakkan keutamaannya untuk membela rakyat di negeri ini khasnya di Kuala Besut," katanya pada sidang media di Markas Besar PRK Kuala Besut, Kampung Baharu hari ini.

Beliau juga berkata, PAS yakin agenda 'Se Ene Se Ene' atau 'Satu Enam Satu Enam' akan memberi peluang kepada semua Adun PAS melaksanakan tanggungjawab semak imbang dalam Dun bagi memperjuangkan kepentingan rakyat negeri Terengganu.

"Berdasarkan kajian kami, ternyata calon kami mempunyai kelebihan kerana dikenali hampir 70 peratus daripada pengundi Kuala Besut," katanya.

Pembangunan Melampau Boleh Menjejas keaslian Pulau-pulau Peranginan

Kecantikan dan keunikan Pulau Perhentian di daerah Besut telah mendapat perhatian dunia apabila CNN meletakkannya di tangga ke 13 , melepasi bebrapa pulau dan pantai-pantai tershohor dunia seperti Sydney Bondi Beach di Australia, Sun Island Beach di Maldives dan juga Boulders Beach di Cape Town.

Memetik dari laman http://edition.cnn.com/2013/05/28/travel/100-best-beaches"

13- ...
The two main islands are the backpacker-happy Pulau Perhentian Kecil (Small Perhentian Island), and Pulau Perhentian Besar (Big Perhentian Island), which has slightly more expensive accommodations."


Pengikitrafan oleh badan berita dunia itu tentu sahaja membanggakan rakyat Malaysia , dan juga penduduk-penduduk di Pulau Perhentian khususnya.

Pengisytiharan pulau tersebut sebagai salah satu taman laut di Malaysia sedikit sebanyak telah membantu mengekalkan keindahan pulau tersebut; di samping aktiviti pembersihan pantai dan dasar laut yang berterusan oleh penduduk setempat dan juga pengusaha-pengusaha aktiviti pelancongan seperti selam skuba.

Dalam kehangatan Pilihanraya kecil di dun N.01 Kuala Besut yang sedang berlangsung , nama pulau peranginan itu terus di sebut kerana ianya terletak di bawah DUN yang sama.

Parti memerintah BN, yang mahu terus mendapat mandat dan sokongan masyarakat setempat terus menawar pelbagai jenis projek untuk di bangunkan di Pulau Perhentian melalui menteri besarnya, Ahmad Said.

Jumlah keseluruhan pembangunan yang di tawarkan adalah berjumlah hampir RM35juta bagi pembinaan yang melibatkan pembinaan perumahan rakyat setempat serta menaiktaraf infrastruktur-infrastukrut di pulau tersebut.

Waalaupun rakyat Pulau Perhentian mengalu-alukan sumbangan yang di beri , namun pembangunan yang di buat haruslah teratur agar keaslian Pulau Perhentian sebagai destinasi eko-pelancongan dan pusat aktiviti air seperti snorkelling dan selam skuba terus bertahan.

Berdasakan petikan yang dari CNN , Pulau Perhentian ini adalah destinasi kegilaan pelancong 'back-packers'. Jadi apapun perancangan pembangunan yang bakal di buat , Pulau Perhentian pelu kekal sebagai destinasi kumpulan ini.

Justeru , perancangan untuk membina kelab kapal layar ; dan destinasi perhentian marina atau yang lain-lain secara lebih ekslusif seharusnya tidak termasuk dalam pelan pembangunan di pulau ini.

Friday 19 July 2013

Rakyat perlu buat perubahan : 16:16 untuk hapuskan penindasan, kezaliman




BESUT: Kedudukan wakil rakyat PAS dan BN pada nisbah 16:16 dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu bakal memberi pulangan yang besar bukan sahaja kepada pengundi Kuala Besut malah rakyat Terengganu amnya.

Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, kedudukan 16:16 itu akan menyeimbangkan kuasa kerajaan BN negeri ini dari melakukan sesuatu yang tidak menguntungkan rakyat.

"Keadaan ini akan menamatkan penafian hak rakyat untuk menikmati kemewahan negeri ini seperti yang berlaku sekarang ini.

"Agenda ini akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat di mana rakyat akan benar-benar menjadi tuan sekaligus menamatkan penindasan kepada rakyat," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS di Kg. Baharu di sini hari ini.

Sementara itu, pada sidang media sama, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, kedudukan 16:16 akan menyaksikan BN tidak boleh lagi sewenang-wenangnya mengagihkan kekayaan negeri kepada kroni tanpa sekatan oleh mana-mana pihak.

Ianya termasuk dalam soal meluluskan bajet, di mana jika berlaku kedudukan 16:16, maka BN terpaksa berunding dengan wakil Pakatan Rakyat untuk dapatkan sokongan.

Keadaan itu katanya memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menegur dan menolak mana-mana perbelanjaan yang difikirkan tidak memberi manfaat kepada rakyat kebanyakan.

"Walaupun berlaku 16:16, kita yakin BN Terengganu akan kekal memerintah. Cuma kita dari Pakatan Rakyat akan berperanan secara konstruktif untuk merangka program kepada rakyat secara jelas," katanya.

Sehubungan itu jelasnya, PRK Kuala Besut ini adalah sangat penting kepada pengundi untuk memilih calon PAS, Endot@ Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long bagi mewujudkan kedudukan 16:16 tersebut.

PRK: Kempen di Kuala Besut lambat panas




KUALA BESUT - Kempen pilihan raya kecil Kuala Besut yang dianggap lambat panas, dijangka akan bertambah rancak menjelang hari pengundian pada 24 Julai, berdasarkan pertambahan poster, bendera dan kunjungan pemimpin parti sejak semalam.
 
Ceramah besar yang menghimpunkan ribuan penyokong memang tidak ada mungkin disebabkan PRK ini berlangsung dalam bulan Ramadan yang mempengaruhi suasana dan corak jentera parti turun berkempen.
 
Jentera kedua-dua parti yang bertanding - Barisan Nasional (BN) dan Pas - banyak berkempen mendekati pengundi pada sebelah pagi atau selepas solat Tarawih pada sebelah malam.
 
Selain itu, persidangan Dewan Rakyat baru berakhir semalam, yang mungkin punca ramai menteri, timbalan menteri dan anggota Parlimen tidak turun awal ke Kuala Besut untuk berkempen sejak penamaan calon pada 12 Julai.
 
"Para penduduk pula lebih menumpukan masa mereka kepada ibadah puasa dan persiapan menyambut Aidilfitri," kata pemerhati.

Mohd Hassan Kundor, 56, dari Kampung Baharu di sini menyifatkan kempen pilihan raya kali ini paling relaks kerana kurang aktiviti.
 
"Pok (pak) lihat bendera dan poster banyak dipasang di kawasan ini dalam dua tiga malam lepas. Berbeza dengan sebelum ini, sebut sahaja pilihan raya, bendera dan segala kemeriahan sudah berlaku," katanya.
 
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Beris Pak Abu, Anuar Mohd Musa, 47, berkata petugas parti BN beramai-ramai bertugas selepas pukul 10 malam.
 
Mereka tidak mengalami sebarang provokasi daripada petugas pembangkang.
 
"Kami duduk dalam kampung yang dikelilingi saudara-mara, cuma dipisahkan dengan ideologi berbeza dan soal politik, tidak bermakna kami perlu tarik muka," katanya.

Petugas BN cuba membawa kelainan dengan menggunakan beberapa kereta yang dipasang dengan lampu LED kelap-kelip lambang parti dan bergerak secara berkonvoi dari satu lokasi ke lokasi bilik gerakan parti.
 
Kos menghias ditanggung sendiri pemilik kenderaan itu yang menghabiskan RM800 hingga lebih RM1,500 untuk sebuah kenderaan.
 
"Saya membuat pemasangan lampu ini sebelum hari penamaan calon lagi dan tidak sangka konvoi kami mendapat sokongan moral daripada pemimpin dan orang ramai," katanya.
 
PRK Dun Kuala Besut menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran dan calon Pas Azlan Jusoh, seorang ahli perniagaan.
 
PRK diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar dari BN akibat kanser paru-paru pada 26 Jun lalu.  - Bernama

PRK: Pulau Perhentian kekal peti simpanan tetap BN

PULAU PERHENTIAN - Pulau Perhentian dijangka akan terus menjadi simpanan tetap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut.
  
Calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata keyakinan itu disandarkan pada sokongan dan reaksi positif yang diberikan penduduk selepas siri kempennya yang kedua ke pulau itu semalam.
  
"Saya yakin untuk menang 100 peratus di Pulau Perhentian ini dan insya-Allah tidak mustahil dengan kepercayaan yang diberikan mereka sepanjang kehadiran saya di sini," katanya kepada pemberita di sini.
 
Mengulas lanjut mengenai programnya bersama masyarakat sekitar pulau terkenal itu, Tengku Zaihan berkata sambutan sangat menggalakkan, mereka bergotong-royong dan beramah mesra dengan ahli keluarganya yang turut serta dalam lawatan itu dalam usaha merapatkan hubungan silaturahim.
  
Tengku Zaihan, atau Abe Ku, 37, merumuskan bahawa banyak lagi program boleh dilaksanakan seperti membangunkan kawasan tadahan air dan menaiktaraf infrastruktur sukan untuk belia di sini.
 
Beliau turut melawat tiga keluarga bersaudara yang tinggal di dalam sebuah rumah kecil kerana kesempitan hidup dan berjanji akan membantu meringankan beban mereka.
  
Semalam Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan untuk memajukan lagi\ pulau itu sebagai destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara.
  
Ia meliputi pembinaan unit rumah kedai, jeti khas yang akan bersambung ke jalan menghala perumahan rakyat yang sedang dibina, menaiktaraf dan membina jalan yang menghubungkan jeti sedia ada dengan kawasan perkampungan di pulau ini.
  
Sebelum ini kerajaan negeri dilaporkan sudah meluluskan pembinaan 200 unit rumah di bawah program perumahan rakyat di sini.
  
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Perhentian, Zainuddin Muhammad berkata kemajuan dilaksana kerajaan BN begitu ketara dengan pendapatan bulanan penduduk meningkat hampir tiga kali ganda.
    
"Jika dulu, hasil laut menjadi punca ekonomi (penduduk di Pulau Perhentian), bagaimanapun ia berubah dengan menumpukan pula kepada ekopelancongan serta perniagaan," katanya.
  
Pulau Perhentian yang sememangnya terkenal sebagai antara pusat peranginan utama di Terengganu mempunyai 2,163 penduduk dan mempunyai 733 pengundi berdaftar.
  
PRK Kuala Besut menyaksikan pertandingan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37 seorang jurutera dan anak tempatan dengan calon Pas, Azlan Yusof, seorang ahli perniagaan pada 24 Julai.
  
Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan kekosongan Dun Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat
 paru-paru.  - Bernama

Thursday 18 July 2013

Kerajaan ambil tanah dari rakyat melalui syarikat dan jual kepada pihak ke-3 - PAS



PAS mempergiatkan serangan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kuala Besut hari ini dengan membangkitkan dakwaan demi dakwaan  berhubung isu pemberian tanah oleh kerajaan negeri Terengganu dan juga projek pembangunan yang dipertikaikannya.
Naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam sidang medianya hari ini antara lainnya menimbulkan isu pemberian tanah didakwa seluas 200 ekar di satu kawasan di Pulau Perhentian kepada satu syarikat.

Beliau mempersoalkan pemberian tanah berkenaan kepada syarikat yang didakwa “tidak berwibawa” itu, sedangkan penduduk pulau tersebut menghadapi masalah untuk mendapatkan tanah.

"Orang kampung di sini untuk mendapatkan lot-lot tanah dibekukan... Pada masa yang sama, 200 ekar, tanah diperuntukan kepada sebuah syarikat dan kemudiannya dijual kepada pihak ketiga," katanya.

PAS juga melampirkan dokumen yang didakwa menunjukkan lokasi tanah yang dimaksudkan termasuk nama syarikat dan pihak ketiga yang membeli tanah tersebut.

Husam yang juga pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut berkata, apa yang perlu dipersoalkan ialah pemberian tanah tersebut oleh kerajaan negeri kepada syarikat yang mula-mula memperolehinnya.

Menyentuh satu lagi isu, Husam berkata beliau mengesyaki terdapat usaha yang dijalankan bagi mengambil tanah penduduk untuk diberikan kepada pihak tertentu.

Husam mendakwa, perkara itu dikesan melalui kegiatan mengukur tanah bagi 40 lot tanah penduduk kampung yang mempunyai hak milik di pulau tersebut.

Katanya, menteri besar Datuk Seri Ahmad Said perlu memberi jaminan bahawa tanah penduduk berkenaan tidak akan diambil dan warga tersebut juga tidak akan dipindahkan.

Selain itu Husam turut meminta penjelasan menteri besar berhubung sebuah dewan orang ramai yang dibina oleh Majlis Daerah Besut.

Beliau mendakwa, dewan berkenaan kini ditukar menjadi sebuah hotel yang dimiliki seorang pemimpin Umno Besut.

Husam ketika diminta mendedah nama pemilik premis tersebut sekadar berkata, perkara itu sebaiknya dijelaskan sendiri oleh menteri besar.

"Nak dedah boleh, tapi Datuk Ahmad Said seorang yang telus dan berterus terang. Saya kira beliau lebih berwibawa, berautoriti menamakan orang yang memiliki bangunan tersebut," katanya. 

Husam juga mempersoalkan pembinaan rumah pangsapuri di Kampung Lay Out, di Kuala Besut sedangkan masih terdapat lima blok rumah flat yang masih belum diagih-agihkan dan diberikan hak milik.

"Kenapa tidak diagih-agihkan rumah flat ini, sebelum membina yang baru, kerana ia sudah siap," katanya yang merujuk kepada unit pangsapuri berdekatan Pasar Tani Kuala Besut itu.
Husam membangkitkan isu berkenaan dalam sidang media di markaz besar pilihan raya PAS Besut hari ini.

PRK Kuala Besut: Dewan orang ramai jadi hotel orang kuat Umno?

BESUT: PAS menuntut penjelasan kerajaan BN Terengganu berhubung sebuah hotel berhampiran jeti Kuala Besut yang didakwa dibina dari sebuah dewan orang ramai yang telah diubah suai.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau juga mendapat maklumat bahawa hotel tersebut dimiliki oleh orang kuat Umno bahagian Besut.

"Lapan tahun lalu ianya adalah sebuah dewan orang ramai di bawah Majlis Daerah Besut.

"Sekarang ianya menjadi Hotel Samudera yang didakwa dimiliki oleh orang kuat Umno Besut," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut di Kg. Baharu di sini hari ini. Hadir sama Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK ini berkata, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said perlu tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat.

Menurutnya, rakyat wajar tahu kenapa dalam isu tanah dan projek ini, pemimpin BN diberi keutamaan sedangkan rakyat terbanyak terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan malah dinafikan.

"Menteri Besar Terengganu ini seorang yang telus, jadi kita minta dia boleh menamakan pemilik hotel tersebut," kata Husam lagi.

Husam berkata, beliau memuji sikap telus Ahmad khususnya yang telah membuat pengesahan dalam isu penganugerahan tanah kepada empat wakil rakyat di Besut termasuk Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, apa yang pelik, menteri besar sendiri terpaksa campur tangan dalam isu tersebut sedangkan wakil rakyat termasuk Idris Jusoh masih berdiam diri.

"Pada saya isu tanah ini sengaja dibocorkan. Bila PAS tembak, MB ambil kesempatan buat pengesahan.

"Motif sebenar saya tak tahu lah, tapi sikap MB yang berterus terang itu sangat bagus," katanya.

PRK: Shabery-Rafizi diajak debat






KUALA BESUT - Pas mengajak Umno berdebat mengenai isu berkaitan rakyat Terengganu dengan menjemput Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mewakili Barisan Nasional (BN) sementara Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mewakili Pakatan Rakyat.
  
Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa mencadangkan perdebatan diadakan secara terbuka di Kuala Besut selepas solat Tarawih esok.
  
Dengan penyertaan Ahmad Shabery, ia boleh mendapat liputan langsung RTM, katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Dewan Undangan Negeri Kuala Besut di sini hari ini.  - Bernama

Tanah kepada wakil rakyat: Usahkan beri, mohon pun tak boleh



BESUT: Mengikut amalah yang diterima pakai oleh semua kerajaan negeri, adalah suatu tindakan yang tidak beretika jika menganugerahkan tanah kepada wakil rakyatnya atas apa alasan sekalipun.

Bekas Pengarah Tanah dan Galian Terengganu Datuk Tengku Hassan Omar berkata, wakil rakyat bukan sahaja tidak boleh dianugerahkan tanah, malah memohon pun tidak dibenarkan.

"Secara undang-undangnya sah, tetapi dari sudut moral dan etika adalah sangat-sangat salah," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS PRK Kuala Besut, di Kg Baharu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengakuan jujur Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bahawa kerajaan negeri telah memberikan tanah kepada empat wakil rakyat BN di Besut.

Pengesahan oleh Mohamad Said itu dibuat ekoran pendedahan PAS sebelum ini bahawa empat wakil rakyat BN iaitu Ahli Parlimen Besut Datuk Dr Abdullah Md Zin, Adun Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh, Adun Hulu Besut Nawi Mohamad dan Adun Kota Putera Pehemi Yusof masing-masing dianugerahkan 2.5 ekar tanah di kawasan Pantai Dendong di sini.

PAS juga sebelum ini mencabar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Muhyiddin Yassin mengarahkan Ahmad Said membatalkan pemberian tersebut jika benar BN mendahulukan rakyat.

Jika Muhyiddin gagal berbuat demikian bermakna slogan BN tersebut ternyata retorik dan lebih sesuai ditukar kepada 'wakil rakyat Umno didahulukan'.

Tak pernah beri kepada individu


Tengku Hassan yang juga Adun Ladang turut menempelak kenyataan Ahmad Said yang mendakwa bahawa kerajaan Terengganu sewaktu pemerintahan PAS pada 1999 hingga 2004 lalu juga pernah berbuat perkara sama.

Katanya, PAS tidak pernah menganugerahkan tanah kepada individu dikalangan wakil rakyatnya.

Beliau berkata, mungkin Ahmad merujuk kepada isu pemberian tanah projek limau madu di Durian Mentangau kepada satu syarikat yang dimiliki oleh wakil rakyat PAS.

Syarikat tersebut, Imbasan Padu Sdn Bhd dimiliki secara bersama bekas Adun Ledang Dr Sulaiman Abdullah dan isterinya Dr Halimah Zakaria.

Ianya adalah antara sembilan syarikat yang memohon lot tanah dari 28 lot keseluruhan untuk mengusahakan projek tersebut.

Bagaimanapun Imbasan Padu adalah satu-satunya syarikat yang tidak diluluskan oleh kerajaan BN sebelum itu.

"Syarikat ini cukup syarat dan telah pun diberi kebenaran untuk masuk ke tanah ini, namun kemudian tidak diluluskan kerana atas alasan syarikat orang PAS.

"Bila PAS mengambil alih pemerintahan negeri pada hujung 1999, PAS memberikan kelulusan kepada syarikat ini memandangkan keperluan untuk projek ini diteruskan," katanya.

Pemberian kepada syarikat ini jelasnya berbeza dengan pemberian kepada empat individu wakil rakyat BN di Besut yang dibuat kerajaan Ahmad Said sekarang ini.

Wednesday 17 July 2013

Lensa PRK di hari ke 6 berkempen








Lokasi : sekitar pekan kuala besut



PRK Kuala Besut: Sidang media mengenai pengambilan semula tanah oleh UBN - 17 Julai 2013

Assalamualaikum w.w.t.
Salam sejahtera dan selamat pagi.
Hari ini kita mahu memperjelaskan tentang kedudukan isu rampasan tanah rakyat di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tok Saboh oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), apabila kembali berkuasa semula pada tahun 2004.
Sidang media kami pada hari Isnin (15hb Julai) lalu telah mendapat jawab balas daripada Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Said sperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia, The Malay Mail hari ini (17 hb).
Dalam ulasan beliau, Ahmad Said telah menuduh kerajaan PAS ketika itu tidak melakukan pemberian hak milik tanah secara mengikut prosedur.
Kami ingin membuat penjelasan bahawa segala prosedur telah diikuti dengan sepenuhnya mengikut tatacara yang disebut di dalam Kanun Tanah Negara (KTN). Cumanya untuk mempercepatkan proses pelupusan tanah kerajaan telah menggunakan khidmat juru ukur swasta.


Kita telah berjaya mengukur lebih kurang 60,000 tapak rumah dan tapak pertanian untuk agihan kepada rakyat yang berhak.
Dalam kes tanah di Kuala Besut sebenarnya tanah telah diberi milik secara Lesen Mendudukki Sementara (TOL, LMS). Lesen-lesen itu malangnya telah dibatalkan oleh kerajaan BN tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
Apabila tanah-tanah ini dirampas kerajaan tidak membayar apa-apa pampasan dengan alasan bahawa tanah ini adalah masih tanah kerajaan. Walaupun tidak ada peraturan yang menuntut kerajaan suapaya membayar, tetapi tidak juga ada peruntukan yang menghalang kerajaan, sesuai dengan keprihatinan kemanusiaan, membayar gantirugi kepada tuan rumah yang berkenaan. Sepatutnya sebuah kerajaan yang mendahulukan rakyat wajar membayar.
Sebaliknya ketika tanah rakyat dirampas, kerajaan BN Terengganu telah meluluskan tanah kepada 4 wakil rakyat seperti telah kami dedahkan dalam sidang media pada hari Isnin.
Kami mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin mengarah Menteri Besar Terengganu Ahmad Said supaya membatalkan pemberian 2.5 ekar tanah ( satu hektar) kepada semua wakil-wakil rakyat yang telah kami dedahkan baru baru ini. Tindakan adalah bagi membuktikan bahawa kerajaan BN benar-benar menepati slogan Rakyat di Dahulukan.

Sekian Terima Kasih
Dato´Tengku Hassan Tengku Omar
ADUN Ladang
Mantan Pengarah Tanah dan Galian
Negeri Terengganu

- klik untuk video -