Thursday 4 July 2013

Shabery: Pengiraan undi mungkin disiar langsung




  • Ahmad Fadli KC
  • 12:33PM Jul 4 2013
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan bercadang untuk menyiarkan secara langsung proses penjumlahan undi bagi pilihan raya kecil Kuala Besut menerusi saluran RTM.

Menurutnya, beliau akan meyakinkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan cadangan itu dan akan berbincang dengan pihak RTM untuk menjadikannya satu kenyataan.

"Insya-Allah saya akan berunding dengan pihak SPR termasuk untuk membenarkan kamera kita berada dalam bilik pengiraan undi.

"Orang tahu mengira undi bermula 5 petang, orang tahu kalau berlaku 'blackout' pada 5 petang pun gambar masih terang lagi, orang boleh menontonnya secara langsung.

"Saya akan bincangkan ia dengan pihak teknikal (RTM)," katanya kepada wartawan selepas merasmikan seminar 'Media dan pilihan Raya Umum 2013' di Kuala Lumpur pagi tadi.

--malaysiakini

No comments:

Post a Comment