Monday 1 July 2013

PRK Kuala Besut: Speaker dewan mempunyai” casting vote”


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQsZ2U1AvZs1_fWlYwf0sly0IMXo7n1ZxQ06ptFfvATTbcUh-QqsjFnkhW9wMdZUB2J3wYBmz5mtFcHG0cGPLSOdbkbY3PLEndxVZ3mExCZb9ybbYOKAN2sMtPwbZcYbuIScw92bWcLWws/s400/wannawawi.JPGYang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu mempunyai “casting vote” kata Wan Nawawi Ismail.
Bagaimanapun, katanya yang juga Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Barisan Nasional akan meneruskan kerajaan yang ada walau apa-apa keputusan pilihanraya kecil DUN Kuala Besut yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
“Dua hari lepas dalam Sinar Harian ada pandangan dari pakar undang-undang yang mengatakan sekiranya PR menang dalam prk kuala besut maka sultan akan tentukan MB. Saya jawab itu sebelum kerajaan ditubuhkan. Sekarang kerajaan telah ada dan MB jugak telah dilantik . Cuma ada dua cara menyebabkan seorang MB gugur samada dia meletak jawatan atau undi tidak percaya di dewan negeri. Speaker dewan mempunyai casting vote yang sudah tentu memihak kepada BN. Makna nya, walau apa pun keputusan prk kuala besut , dari segi undang-undang BN masih meneruskan kerajaan yang ada. Lainkalilah PR!” katanya yang dipetik dalam facebook beliau.
Semalam Portal Terengganu Today melaporkan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu Azhar Jusoh ketika dihubungi oleh Terengganu Today mengesahkan pengerusi (Yang Dipertua Dewan) mempunyai undi pemutus selaras dengan Fasal 42(3) Perlembagaan Negeri Terengganu yang memberi kuasa kepada pengerusi mesyuarat (Yang Dipertua) memberi undi pemutus bila mustahak supaya tidak berlaku undi sama banyak.
-- Terengganu Today

No comments:

Post a Comment