Monday 8 July 2013

BN yakin gandakan majoriti Dun K.Besut




KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarah PRK Dun Kuala Besut Datuk Seri Idris Jusof menegaskan,  BN bukan sekadar ingin mengekalkan kemenangan di kerusi Dun Kuala Besut sebaliknya menambah majoriti di Dun berkenaan.

Menurutnya, beliau yakin pengundi Kuala Besut masih setia bersama BN.

"Ini kawasan BN, penduduk gembira dengan BN.

"kita jangka dalam PRK ini BN bukan hanya menang tetapi menang dengan majoriti lebih 4,000," katanya ketika ditemui media selepas sesi perbahasan parlimen tengah hari ini.

Idris yang juga Ketua Umno Besut menambah, faktor utama keyakinan beliau adalah kerana sentimen rakyat yang masih dilihat bersama BN.

"PRU13  baru sebulan lebih berlalu, biasanya orang tidak mengubah pendirian mereka dalam masa terdekat.

"Kalau Pas nak menang mereka perlukan lebih 1,200 undi, itu agak sukar untuk mereka kerana bukan mudah mengubah pemikiran rakyat dalam waktu yang singkat," katanya.

Dalam pada itu, Idris mengesahkan beliau tidak terbabit dalam pemilihan calon BN bagi Dun Kuala Besut.

"Saya tidak terlibat dalam pemilihan calon dan saya tidak tahu tentang itu.

"Jadi saya tidak boleh jawab tentang perkara itu,"katanya ketika disoal media.

PRK ini merupakan yang pertama selepas berlangsungnya PRU13 berikutan kematian wakil rakyatnyaDr A. Rahman Mokhtar 24 Jun akibat kanser paru-paru.

Dun Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar.

Pada PRU13, Dr Rahman mendapat majoriti 2,434 undi menewaskan calon Pas Napisah Ismail.

No comments:

Post a Comment