Wednesday 10 July 2013

PRK Kuala Besut: Tokoh Dermawan Dan Cakna Rakyat



Calon PAS, Azlan atau lebih dikenali Che Long oleh masyarakat Kuala Besut khas di Kampung Baru, seorang ahli perniagaan yang berakar dengan masyarakat tempatan.
Pencalonan beliau sebenarnya memecah tradisi PAS di sini yang biasanya memilih calon di kalangan guru agama atau ustaz.
PAS Besut menyenaraikan tiga nama untuk dipilih oleh PAS Pusat. Che Long dan dua orang lagi ustaz. Namun PAS memilih Che Long untuk menjadi calon kali ini.
Pemilihan beliau amat sesuai dengan aktiviti harian masyarakat Kuala Besut yang dekat dengan perniagaan. Ini kerana ramai pengundi Kuala Besut terlibat dengan industri pelancongan, industri hiliran dari perikanan dan petanian.
Industri kecil pembuatan keropok, perkhidmatan dalam industri perlancongan misalnya sangat dekat dengan ahli perniagaan berbanding dengan ustaz.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Husam Musa ketika bercakap kepada wartawan sebelum ini berkata, faktor calon amat penting dalam PRK ini.
"Penduduk Kuala Besut adalah antara penduduk yang termiskin di Terengganu kerana tak ada bantuan ekonomi yang memberikan manfaat yang jitu kepada mereka," kata Husam yang menyifatkan calon PAS dapat membantu pengundi dengan baik jika terpilih.

Mengikut sumber, Che Long bersedia mengunakan keseluruhan elaun Adun untuk aktiviti dan membela rakyat jika diberi amanah oleh pengundi Kuala Besut.

No comments:

Post a Comment