Wednesday 17 July 2013

PRK Kuala Besut: Sidang media mengenai pengambilan semula tanah oleh UBN - 17 Julai 2013

Assalamualaikum w.w.t.
Salam sejahtera dan selamat pagi.
Hari ini kita mahu memperjelaskan tentang kedudukan isu rampasan tanah rakyat di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tok Saboh oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), apabila kembali berkuasa semula pada tahun 2004.
Sidang media kami pada hari Isnin (15hb Julai) lalu telah mendapat jawab balas daripada Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Said sperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia, The Malay Mail hari ini (17 hb).
Dalam ulasan beliau, Ahmad Said telah menuduh kerajaan PAS ketika itu tidak melakukan pemberian hak milik tanah secara mengikut prosedur.
Kami ingin membuat penjelasan bahawa segala prosedur telah diikuti dengan sepenuhnya mengikut tatacara yang disebut di dalam Kanun Tanah Negara (KTN). Cumanya untuk mempercepatkan proses pelupusan tanah kerajaan telah menggunakan khidmat juru ukur swasta.


Kita telah berjaya mengukur lebih kurang 60,000 tapak rumah dan tapak pertanian untuk agihan kepada rakyat yang berhak.
Dalam kes tanah di Kuala Besut sebenarnya tanah telah diberi milik secara Lesen Mendudukki Sementara (TOL, LMS). Lesen-lesen itu malangnya telah dibatalkan oleh kerajaan BN tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
Apabila tanah-tanah ini dirampas kerajaan tidak membayar apa-apa pampasan dengan alasan bahawa tanah ini adalah masih tanah kerajaan. Walaupun tidak ada peraturan yang menuntut kerajaan suapaya membayar, tetapi tidak juga ada peruntukan yang menghalang kerajaan, sesuai dengan keprihatinan kemanusiaan, membayar gantirugi kepada tuan rumah yang berkenaan. Sepatutnya sebuah kerajaan yang mendahulukan rakyat wajar membayar.
Sebaliknya ketika tanah rakyat dirampas, kerajaan BN Terengganu telah meluluskan tanah kepada 4 wakil rakyat seperti telah kami dedahkan dalam sidang media pada hari Isnin.
Kami mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin mengarah Menteri Besar Terengganu Ahmad Said supaya membatalkan pemberian 2.5 ekar tanah ( satu hektar) kepada semua wakil-wakil rakyat yang telah kami dedahkan baru baru ini. Tindakan adalah bagi membuktikan bahawa kerajaan BN benar-benar menepati slogan Rakyat di Dahulukan.

Sekian Terima Kasih
Dato´Tengku Hassan Tengku Omar
ADUN Ladang
Mantan Pengarah Tanah dan Galian
Negeri Terengganu

- klik untuk video -

No comments:

Post a Comment